Thursday 26 April 2012

kita tidak lah.....


Kita tidaklah semulia khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah

Pun tidak setabah Fatimah

Kita tidak secantik Balqis,

Kita tidak setulus zulaikha,

Diri kita tidak sekuat  Hajar dan Sarah…
Tetapi

Kita hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…


Sunday 22 April 2012

Berikan Hadiah Buat Sikecil


Ketika anak menunjukkan prestasi yang cemerlang, berikanlah mereka hadiah. Ini supaya anak terus bersemangat bagi melakukan perkara-perkara yang baik. Anak juga akan merasa dihargai dan bangga dengan potensi  yang ada dalam dirinya.


            Semasa memberi hadiah, janganlah berat sebelah antara seorang anak denga yang lain. Rasulullah S.A.W  berkata :


“ Bersikap adillah kepada anak-anak mu dalam pemberian. Sekiranya mahu melebihkan, lebihkan lah untuk perempuan.”

Saturday 21 April 2012

jenis-jenis taska.......


Assalammualaikum..
Dan salam sejahtera...
Pada minggu ke-5, kelas Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAK 3043) yang di ketuai oleh lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria di DKJ. Pembelajaran yang disampaikan oleh Madam adalah secara santai dan sangat berkesan. Ini kerana kebanyakkan kelas dibuat secara formal dan meyebabkan ramai pelajar terkandas di tengah sesi pembelajaran kerana tertidur hehehe betul tak kengkawan saya?????. Selepas habisnya sesi beliau memberi pengajaran, beliau akan menyuruh para studentnya untuk membuat perbincangan di dalam group bagi memperkembangkan lagi proposal pembukaan tadika.

Thanks to Madam.......

lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria ada menerangkan beberapa jenis child care programs yang boleh ditubuhkan oleh pengusaha. Selain itu, beliau ada menerangkan serba sedikit tentang pengenalan setiap program tu.
                Pemilihan tempat untuk anak-anak ke sekolah pada usia 3-4 tahun sangat dititik beratkan oleh ibu bapa pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana ia akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak itu. Antara child care program ini ialah terdapat tiga jenis asas penjagaan kanak-kanak: pusat penjagaan kanak-kanak, rumah penjagaan kanak-kanak, dan penjagaan kanak-kanak di rumah anda sendiri.

Jenis Jenis Taska dan Pusat Jagaan        
JENIS-JENIS TASKA

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.
JENIS-JENIS PUSAT JAGAAN

Pusat Jagaan Berkediaman
"Pusat Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4 ) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.

Pusat Jagaan Harian
"Pusat Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang - kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.


tadika yang ceria dapat membentuk emosi kanak-kanak yang positif......







Monday 2 April 2012

Kesian ibu itu.............


Assalammualaiku,

        Bagaimana yee perasaan seorang ibu yang bekerja membawa kerepek untuk menjual dan berjalan kesana sini untuk mencari nafkah untuk diri sendiri. Bayangkan lah umurnya dalam lingkungan 50 keatas... apa pandangan anda????

        Sedihnya kan.. tapi ini lah nasib seorang ibu yang membawa kerepek untuk menjual pada petang tadi di setiap kedai-kedai makan dekat dengan kolej saya tinggal pada pukul 6 petang.

         Sepatutnya pada waktu-waktu begini beliau sepatutnya berada dirumah untuk berehat. Tapi beliau terpaksa kerja kerana untuk mendapat kan wang untuk menanggung perbelajaannya.

         Saya mendapat tahu sebahagian daripada penjual kerepek ini adalah sindiket. Hal ini demikian kerana terdapat orang yang menghantar ibu-ibu ini untuk berniaga.

Ya Allah, lindungilah ibu-ibu dan kanak-kanak yang menjadi sindiket kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan selamatkan lah mereka daripada seksaan orang sebegini.

         Saya berharap anak-anak yang diluar sana menjagalah ibu bapa anda seperti mana mereka mengasuh kita dari kecil hingga dewasa.. balas lah pengorbanan mereka.. tanpa mereka tiadalah kita didunia. Wahai anak jadilah anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa kerana mereka banyak berkorban demi kita.
Wahai ibu dan bapa, pada kamu lah kami bergantung dari kecil hingga dewasa..kerana kamu adalah ratu dalam hati anak-anak anda.. TERIMA KASIH WAHAI IBU DAN AYAH......

     Mmm saya rindu mak dan abah saya di kampung walaupun beberapa hari lagi anaknda akan pulang ke kampung tapi tak tertahan rindu dihati ini untuk bertemu  abah dan mak.  Anaknda disini kirim kan doa agar mak dan abah sihat walafiat  dan  tunggu kepulangan anaknda.. mood kerinduan sudah masuk ... hehhehe . ok disini sahaja coretan saya untuk hari ini..
Waalaikummusalam.....

Mutiara kata :



Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sunday 1 April 2012

Tergerak hati ini...............


Assalammualaikum...

Tiba-tiba malam ini tergerak hati nak menulis blog. Bukannya rajin tetapi terlihat satu berita di facebook iaitu page Metro Harian yang mengisahkan “seorang bayi derita kepala besar”. Sayunya hati apabila melihat gambar bayi tersebut. Di dalam hati terus ku berdoa “ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”. 

Bayi ini bernama Muhammad Akid Hazimi Jalalludin yang baru berusia 4 bulan yang tidak mengenali dunia lagi telah menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar. Bayi ini baru saja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu.  Begitu berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Meskipun begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30, mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu tidak seperti kanak-kanak lain.

Kepala Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah itu ketika kandungannya berusia 21 minggu. “Menurut doktor, saiz kepala anak saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan tisu otaknya dipenuhi air. Ianya adalah berpunca daripada air ketuban yang pecah.

Bayi itu menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada biasa. Ekoran daripada pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya. setakat ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual. Bayi ini perlu menjalani pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.

Sepasang suami isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.

Bersabarlah wahai sikecil, sikecil harus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sikecil, ibu bapa mu telah berusaha untuk menyembuhkan mu dan kamu sikecil haruslah kuat dan tabah.. untuk ibu bapa sikecil ini, janganlah berputus asa dalam mencari kesembuhan untuk anak mu........  
                                     
“ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.

untuk kamu............