Saturday 31 March 2012

Pengurus Yang Baik


Assalammualaikum,

        Saya memohon maaf sebab sudah beberapa hari tidak mengupdate blog. Sekarang ini minggu ke-6 iaitu minggu yang paling sibuk bagi kebanyakkan student kerana ia adalah minggu submit assingment... hihihi mesti sibuk dan kalut la untuk para student ini nak menyiapkan tugasan masing-masing tidak tertinggal saya juga begitu. Ok lah... saya tak mahu lah nak berceloteh banyak-banyak nanti lain pula yang saya ceritakan...

    Minggu ini saya ini berkongsi sedikit tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus tadika yang telah saya belajar dari kelas Madam Puteri Afzan Maria. Bukan pengurus dari bidang lain sahaja yang perlu mempunyai ciri-ciri yang baik tetapi, pengurus tadika juga perlu mempunyai sikap atau tingkah laku yang baik. Ini kerana pengurus tadika ini akan berdepan dengan pelbagai ibu bapa yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin kita juga yang sabagai ibu bapa juga yang inginkan perkhidmatan terbaik daripada mereka ini.

     Ciri-ciri yang perlu ada pada pengurus  tadika...

  1.   Sanggup menerima risiko
  2. Menghormati orang lain dan juga kepada kakitangan tadika.
  3.  Menerima pandangan atau pendapat orang lain.
  4. Pengurus yang bersikap ramah dan mesra diantara pekerjanya dan juga ibu bapa
  5.  Berlaku adil.
  6. Berpengetahuan dalam bidang tersebut.
  7. Seorang yang kreatif
  8.  Seorang yang penyayang akan kanak-kanak.
  9. Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata
  10.  Pengurus yang ambil berat akan keselamatan kanak-kanak
  11.  Seorang yang prihatin.     

       

        Selain daripada itu, pengurus hendaklah memastikan kriteria-kriteria guru yang diambil sebagai guru di tadika atau di taskanya hendaklah kriteria-kriteria guru yang dikehendaki oleh ibu bapa dan juga kanak-kanak.

Antara kriterianya ialah:


  1.  Mempunyai pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak
  2. Seorang yang penyayang
  3. Seorang yang kreatif dan berinovasi
  4. Tidak memandang kepada gaji tetapi objektif tadika perlu dicapai
  5. Sanggup melayan kerenah kanak-kanak
  6. Mempunyai kelayakkan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
  7.  Mempunyai sikap keibubapaan
  8. Seorang yang sabar
  9.  Guru yang berkualiti
  10. Dan lain-lain lagi

saya lah guru yang comel.........


1  
        Ciri-ciri yang diatas ini saya dapat daripada kelas Puan Putri Afzan Maria dan ditokok tambahnya dalam apa yang saya telah pelajari dalam subjek minor saya iaitu Pengajian Perdagangan. Apa yang saya belajar selama ini dapat diaplikasi dalam kedua-dua subjek saya ambil. Itu lah untungnya kita jika kita pandai menggunakan ilmu yang telah ditaburkan kepada kita. HehehehJ.
     
      Sebenarnya bukan senang untuk kita menjadi pengurus yang berjaya dalam pelbagai aspek tetapi kita perlu menyiapkan diri untuk menempuhnya, dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang perniagaan ini.




Mutiara kata :

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Saturday 17 March 2012

Berita Tergempar


Assalammualaikum,
Hari ini kelas progam pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat seronok. Hal ini kerana Madam telah memberi tugasan kepada semua pelajarya. Alangkah seronoknya, tugasan yang diberi berkaiatan dengan reflecting writing. Tugasan adalah sangat mudah dan sangat menyeronokkan kepada rakan-rakan saya kerana penulisannya adalah bebas dan berdasarkan kepada pendapat masing-masing terhadap apa yang bincangkan dalam artikel ataupun pengalaman yang kita dapat semasa sesi pembelajaran dan juga perjalanan harian kita. Ia juga boleh dianggap sebagai catatan diari berdasarkan subjek kos ini.

Sudah panjang celoteh saya, dan ini baru saya hendak masukkan kupasan-kupasan yang hendak saya lampirkan. Selepas tamatnya waktu kelas pada pukul 12.15 p.m rasanya dan sampai di kolej dalam pukul 12.45 p.m. Dengan bersemangat, saya terus menuju ke meja belajar untuk membuka laptop.  Motif saya yang sebenarnya adalah hendak mencari maklumat di dalam facebook. Apa yang saya inginkan dan harapkan memang ada di dalam facebook tersebut.

Apabila saya sudah on facebook mata saya tiba-tiba tertumpu pada satu gambar ini. Ia adalah gambar seorang bayi yang sangat comel yang baru berusia 15 bulan dan bayi tersebut adalah seorang bayi lelaki yang diberi nama Nik Muhammad Iqbal berasal Kota Bharu Kelantan. Tapi malangnya bayi ini telah menemui ajal yang sangat menyayat hati.  Hati ibu mana tidak sedih untuk menatap kematian anak bongsunya yang ditemui sendiri mayat anaknya yang mati lemas di Sungai Kuala Besar.

Gambar diatas ini adalah gambar adik Nik Muhammad Iqbal.

Hal ini terjadi ketika ibunya sedang sibuk membasuh pakaian di dalam bilik air dan tidak menyedari anaknya yang bertatih sehingga ke luar rumah. Apabila menyedari kehilangan anaknya ini, beliau segera mencari anaknya disekitar rumah hingga ke rumah sepupu. Tetapi gagal menemuinya.

Selepas 15 minit mencari, ibu Nik Iqbal ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Ibunya  terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati ibu itu apabila mendapati ia memang jasad anaknya.

Hati ibu mana yang tidak sedih dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia dalam keadaan tersebut.
Disini, saya menyatakan pandangan saya bahawa kecuaian ibu bapa dalam mengasuh anak-anak adalah tinggi. Ini disebabkan berlakunya pelbagai insiden yang tidak diinggini. Terdapat satu lagi berita tergempar yang boleh juga dinyatakan sebagai insiden kecuaian.

 Anak panah tersebut menunjukkan mayat kanak-kanak yang berumur 2 tahun yang ditemui mati terapung di dalam Tasik Titiwangsa  pada 15 Mac 2012 setelah hilang daripada jagaan ibu bapanya petang semalam.

Pada pendapat saya, langkah yang perlu diambil supaya insiden ini tidak berlaku kepada keluarga kita ialah:

Ibu bapa perlu peka terhadap keadaan disekeliling.

Saya menyatakan langkah ini kerana kita mendapati kebanyakkan insiden ini berlaku apabila persekitaraan kita berada di tempat yang bahaya. Contoh yang saya berikan ini ialah kawasan rekreasi yang mempunyai tasik, sungai ataupun kolam. Seperti insiden diatas kedua-dua kanak-kanak tersebut menemui ajal di dalam tasik dan juga sungai.

Pendapat saya yang kedua ialah selalu memerhatikan pergerakkan anak-anak.

Apa yang saya ingin sampaikan disini, kanak-kanak adalah sangat aktif untuk bergerak. Apabila kanak-kanak berada dipersekitaran yang baru, kanak-kanak tersebut ingin menerokai apa yang terdapat disekelilinganya. Mereka ini tidak tahu sama ada tempa atau kawasan tersebut bahaya bagi mereka ataupun tidak, yang hanya mereka tahu adalah untuk bergerak bebas. Manakala bagi kanak-kanak yang baru mula untuk bertatih, berjalan, merangkak dan lain-lain lagi, mereka ini adalah sangat aktif untuk bergerak ke sana kesini. Ini kerana pergerakkan kanak-kanak pada seumur begini adalah untuk mengasah kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak supaya pergerakkan kanak-kanak ini masih dalam pengawalan kita.

 Sebagai ibu bapa kanak-kanak adalah dibawah penguasaan kita. Oleh itu, apa-apa yang berlaku kepada diri anak kita adalah tanggungjawab kita sendiri dan janganlah kita menyalahkan orang lain kerana kecuaian itu datangnya dari diri kita sendiri.
 Baiklah, sampai disini sahaja celoteh dan pandangan saya untuk dikongsikan bersama. Apa-apa pandangan atau maklumat akan saya updatekan pada hari seterusnya.

Mutiara kata :






Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan
 dalam tindakannya, 
maka tenanglah batinnya