Assalammualaikum,
Hari ini kelas progam pendidikan
awal kanak-kanak adalah sangat seronok. Hal ini kerana Madam telah memberi
tugasan kepada semua pelajarya. Alangkah seronoknya, tugasan yang diberi
berkaiatan dengan reflecting writing. Tugasan adalah sangat mudah dan sangat
menyeronokkan kepada rakan-rakan saya kerana penulisannya adalah bebas dan
berdasarkan kepada pendapat masing-masing terhadap apa yang bincangkan dalam
artikel ataupun pengalaman yang kita dapat semasa sesi pembelajaran dan juga perjalanan
harian kita. Ia juga boleh dianggap sebagai catatan diari berdasarkan subjek
kos ini.
Sudah panjang celoteh saya, dan
ini baru saya hendak masukkan kupasan-kupasan yang hendak saya lampirkan.
Selepas tamatnya waktu kelas pada pukul 12.15 p.m rasanya dan sampai di kolej
dalam pukul 12.45 p.m. Dengan bersemangat, saya terus menuju ke meja belajar
untuk membuka laptop. Motif saya yang
sebenarnya adalah hendak mencari maklumat di dalam facebook. Apa yang saya
inginkan dan harapkan memang ada di dalam facebook tersebut.
Apabila saya sudah on facebook
mata saya tiba-tiba tertumpu pada satu gambar ini. Ia adalah gambar seorang
bayi yang sangat comel yang baru berusia 15 bulan dan bayi tersebut adalah
seorang bayi lelaki yang diberi nama Nik Muhammad Iqbal berasal Kota Bharu
Kelantan. Tapi malangnya bayi ini telah menemui ajal yang sangat menyayat
hati. Hati ibu mana tidak sedih untuk
menatap kematian anak bongsunya yang ditemui sendiri mayat anaknya yang mati lemas
di Sungai Kuala Besar.
Gambar diatas ini adalah gambar
adik Nik Muhammad Iqbal.
Hal ini terjadi ketika ibunya
sedang sibuk membasuh pakaian di dalam bilik air dan tidak menyedari anaknya
yang bertatih sehingga ke luar rumah. Apabila menyedari kehilangan anaknya ini,
beliau segera mencari anaknya disekitar rumah hingga ke rumah sepupu. Tetapi
gagal menemuinya.
Selepas 15 minit mencari, ibu Nik
Iqbal ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan
air. Ibunya terus meluru dan mengangkat
mayat itu. Luluhnya hati ibu itu apabila mendapati ia memang jasad anaknya.
Hati ibu mana yang tidak sedih dengan
pemergian anaknya yang meninggal dunia dalam keadaan tersebut.
Disini, saya menyatakan pandangan
saya bahawa kecuaian ibu bapa dalam mengasuh anak-anak adalah tinggi. Ini
disebabkan berlakunya pelbagai insiden yang tidak diinggini. Terdapat satu lagi
berita tergempar yang boleh juga dinyatakan sebagai insiden kecuaian.
Anak panah tersebut menunjukkan mayat
kanak-kanak yang berumur 2 tahun yang ditemui mati terapung di dalam Tasik
Titiwangsa pada 15 Mac 2012 setelah
hilang daripada jagaan ibu bapanya petang semalam.
Pada pendapat saya, langkah yang
perlu diambil supaya insiden ini tidak berlaku kepada keluarga kita ialah:
Ibu bapa perlu peka terhadap keadaan disekeliling.
Saya menyatakan langkah ini
kerana kita mendapati kebanyakkan insiden ini berlaku apabila persekitaraan
kita berada di tempat yang bahaya. Contoh yang saya berikan ini ialah kawasan
rekreasi yang mempunyai tasik, sungai ataupun kolam. Seperti insiden diatas kedua-dua
kanak-kanak tersebut menemui ajal di dalam tasik dan juga sungai.
Pendapat saya yang kedua ialah selalu memerhatikan pergerakkan anak-anak.
Apa yang saya ingin sampaikan
disini, kanak-kanak adalah sangat aktif untuk bergerak. Apabila kanak-kanak berada
dipersekitaran yang baru, kanak-kanak tersebut ingin menerokai apa yang
terdapat disekelilinganya. Mereka ini tidak tahu sama ada tempa atau kawasan
tersebut bahaya bagi mereka ataupun tidak, yang hanya mereka tahu adalah untuk
bergerak bebas. Manakala bagi kanak-kanak yang baru mula untuk bertatih,
berjalan, merangkak dan lain-lain lagi, mereka ini adalah sangat aktif untuk
bergerak ke sana kesini. Ini kerana pergerakkan kanak-kanak pada seumur begini
adalah untuk mengasah kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Oleh itu,
ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak supaya pergerakkan
kanak-kanak ini masih dalam pengawalan kita.
Sebagai ibu bapa kanak-kanak adalah dibawah
penguasaan kita. Oleh itu, apa-apa yang berlaku kepada diri anak kita adalah
tanggungjawab kita sendiri dan janganlah kita menyalahkan orang lain kerana
kecuaian itu datangnya dari diri kita sendiri.
Baiklah, sampai disini sahaja celoteh dan
pandangan saya untuk dikongsikan bersama. Apa-apa pandangan atau maklumat akan
saya updatekan pada hari seterusnya.
Mutiara kata :
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan
dalam tindakannya,
maka tenanglah batinnya
sungguh meghayat hati....
ReplyDeletefrom : Qairahizaq
tq..... nanti apa-apa sya akan update dr semasa ke semasa k...
ReplyDelete