Saturday 31 March 2012

Pengurus Yang Baik


Assalammualaikum,

        Saya memohon maaf sebab sudah beberapa hari tidak mengupdate blog. Sekarang ini minggu ke-6 iaitu minggu yang paling sibuk bagi kebanyakkan student kerana ia adalah minggu submit assingment... hihihi mesti sibuk dan kalut la untuk para student ini nak menyiapkan tugasan masing-masing tidak tertinggal saya juga begitu. Ok lah... saya tak mahu lah nak berceloteh banyak-banyak nanti lain pula yang saya ceritakan...

    Minggu ini saya ini berkongsi sedikit tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus tadika yang telah saya belajar dari kelas Madam Puteri Afzan Maria. Bukan pengurus dari bidang lain sahaja yang perlu mempunyai ciri-ciri yang baik tetapi, pengurus tadika juga perlu mempunyai sikap atau tingkah laku yang baik. Ini kerana pengurus tadika ini akan berdepan dengan pelbagai ibu bapa yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin kita juga yang sabagai ibu bapa juga yang inginkan perkhidmatan terbaik daripada mereka ini.

     Ciri-ciri yang perlu ada pada pengurus  tadika...

  1.   Sanggup menerima risiko
  2. Menghormati orang lain dan juga kepada kakitangan tadika.
  3.  Menerima pandangan atau pendapat orang lain.
  4. Pengurus yang bersikap ramah dan mesra diantara pekerjanya dan juga ibu bapa
  5.  Berlaku adil.
  6. Berpengetahuan dalam bidang tersebut.
  7. Seorang yang kreatif
  8.  Seorang yang penyayang akan kanak-kanak.
  9. Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata
  10.  Pengurus yang ambil berat akan keselamatan kanak-kanak
  11.  Seorang yang prihatin.     

       

        Selain daripada itu, pengurus hendaklah memastikan kriteria-kriteria guru yang diambil sebagai guru di tadika atau di taskanya hendaklah kriteria-kriteria guru yang dikehendaki oleh ibu bapa dan juga kanak-kanak.

Antara kriterianya ialah:


  1.  Mempunyai pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak
  2. Seorang yang penyayang
  3. Seorang yang kreatif dan berinovasi
  4. Tidak memandang kepada gaji tetapi objektif tadika perlu dicapai
  5. Sanggup melayan kerenah kanak-kanak
  6. Mempunyai kelayakkan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
  7.  Mempunyai sikap keibubapaan
  8. Seorang yang sabar
  9.  Guru yang berkualiti
  10. Dan lain-lain lagi

saya lah guru yang comel.........


1  
        Ciri-ciri yang diatas ini saya dapat daripada kelas Puan Putri Afzan Maria dan ditokok tambahnya dalam apa yang saya telah pelajari dalam subjek minor saya iaitu Pengajian Perdagangan. Apa yang saya belajar selama ini dapat diaplikasi dalam kedua-dua subjek saya ambil. Itu lah untungnya kita jika kita pandai menggunakan ilmu yang telah ditaburkan kepada kita. HehehehJ.
     
      Sebenarnya bukan senang untuk kita menjadi pengurus yang berjaya dalam pelbagai aspek tetapi kita perlu menyiapkan diri untuk menempuhnya, dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang perniagaan ini.




Mutiara kata :

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

No comments:

Post a Comment