Assalammualaikum...
Tiba-tiba
malam ini tergerak hati nak menulis blog. Bukannya rajin tetapi terlihat satu
berita di facebook iaitu page Metro Harian yang mengisahkan “seorang bayi derita kepala besar”. Sayunya
hati apabila melihat gambar bayi tersebut. Di dalam hati terus ku berdoa “ Ya
Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua
ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.
Bayi ini
bernama Muhammad Akid Hazimi Jalalludin yang baru berusia 4 bulan yang tidak
mengenali dunia lagi telah menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar. Bayi
ini baru saja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya
yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu. Begitu berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya.
Meskipun
begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30,
mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu
tidak seperti kanak-kanak lain.
Kepala
Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa
dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit
sekitar 35 sentimeter.Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah
itu ketika kandungannya berusia 21 minggu. “Menurut doktor, saiz kepala anak
saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan
tisu otaknya dipenuhi air. Ianya adalah berpunca daripada air ketuban yang pecah.
Bayi itu
menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada
biasa. Ekoran daripada pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub
khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya. setakat
ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik
menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual. Bayi ini perlu menjalani
pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung
kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.
Sepasang suami
isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu
bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan
menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.
Bersabarlah wahai sikecil, sikecil harus
kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sikecil, ibu bapa mu telah
berusaha untuk menyembuhkan mu dan kamu sikecil haruslah kuat dan tabah.. untuk
ibu bapa sikecil ini, janganlah berputus asa dalam mencari kesembuhan untuk
anak mu........
“
Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada
kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.
untuk kamu............
semoga bayi kecil ini cepat sembuh...
ReplyDeletesama-samalah kita berdoa untuk sikecil ini yee...
Delete