Saturday 21 April 2012

jenis-jenis taska.......


Assalammualaikum..
Dan salam sejahtera...
Pada minggu ke-5, kelas Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAK 3043) yang di ketuai oleh lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria di DKJ. Pembelajaran yang disampaikan oleh Madam adalah secara santai dan sangat berkesan. Ini kerana kebanyakkan kelas dibuat secara formal dan meyebabkan ramai pelajar terkandas di tengah sesi pembelajaran kerana tertidur hehehe betul tak kengkawan saya?????. Selepas habisnya sesi beliau memberi pengajaran, beliau akan menyuruh para studentnya untuk membuat perbincangan di dalam group bagi memperkembangkan lagi proposal pembukaan tadika.

Thanks to Madam.......

lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria ada menerangkan beberapa jenis child care programs yang boleh ditubuhkan oleh pengusaha. Selain itu, beliau ada menerangkan serba sedikit tentang pengenalan setiap program tu.
                Pemilihan tempat untuk anak-anak ke sekolah pada usia 3-4 tahun sangat dititik beratkan oleh ibu bapa pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana ia akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak itu. Antara child care program ini ialah terdapat tiga jenis asas penjagaan kanak-kanak: pusat penjagaan kanak-kanak, rumah penjagaan kanak-kanak, dan penjagaan kanak-kanak di rumah anda sendiri.

Jenis Jenis Taska dan Pusat Jagaan        
JENIS-JENIS TASKA

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.
JENIS-JENIS PUSAT JAGAAN

Pusat Jagaan Berkediaman
"Pusat Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4 ) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.

Pusat Jagaan Harian
"Pusat Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang - kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.


tadika yang ceria dapat membentuk emosi kanak-kanak yang positif......







1 comment: