Monday, 24 September 2012

3 bulan berpraktikal


Selama 3 bulan praktikal..pelbagai pengalaman yang dapat dikutip dgn hidup di tempat org yang banyak ranjaunya.. dan disinilah sya dan kwn2 mengharungi kehidupan sebagai seorang guru pelatih.

Walaupun hanya kanak-kanak yang berumur dalam lingkunga 4- 6 tahun.. tp cabarannya sangat banyak yg harus ditempuh... mmg ramai yang mengatakan” alah tadika je kot’.. mmg laa tadika.. tp belum cuba belum thu.. bagi seminggu dah laa g mengajar.. rasakan bagaimana mengajar tadika dgn sek ren dan sek men.. yang mana lagi mencabar....

Sudah 3 mgu mengalami demam yng tidak kebah dan suara yang bagai ratu rockiaitu Ella... ahhh sangat perit rasanya....

Dan disini jgak laa sya mengahadapi pelbagai masalah sama da peribadi dan bukan peribadi.. Alhamdulillah ujian2 yang diberi oleh Allah adalah kasih sayangNya kepada hambaNya..

Habis sahaja praktikal pada 19/10 2012.. diri ini akan disibukkan dgn aktiviti di kg.. bnyak betul persiapan yang perlu dibuat...

Apa2 pun entry seterusnya akan disambung bila ada kelapangan lagi...





Monday, 18 June 2012

rasa terkilan yang tidak mahu pergi....



Sudah 5 hari berlalu .. nape hati kita masih lg terasa terkilan???
Tenangkanlah hati ini...
X baik kita sedih atas pemergian seseorang..
Diri ini perlu kuat.. tp jika ternampk mak nangis dan mak menbacakan
Surah yassin pd setipa mlm ..

Sedih ini akan dtg dan tangisan turut menjenggah..
Adik pun berkata dia dh x de... x bek kita menangis..
Mmg adik sungguh kuat .. tp hari pertama dia dpt tau arwah sakit
Mmg dia x dpt dinanfikan dia begitu lemah
Seperti org lain..

Tp arwah menyuruh dia berjanji jgn nangis klu berlaku pape nanti
Dan
Jangan bersedih...

Mmg kuat hati dan tabah hati adik..
Walaupun.. kita org sedih berdepan dia..tp
Dia masih boleh tabah lg dan kuat..
Umi arwah telefon dan nangis-2 dlm talian dia msih mendgr
Tangisan dan bicara umi tersebut..
Tp dlm hati adik sja hanya Allah SWT aja yg tahu...

Ya Allah, Engkau kuatkan lah hati adik, umi dan ayah arwah, dan juga family saya..
Family betul2 rasa terkilan.. dn smpai skrg terkilan itu msih terasa.
Smpai akhir hayat arwah, family kmi x pernah ketemu dgn beliau...
Mmg terasa sgt terkilan dn sedih...
Ari last umi dan ayah arwah hendak berangkat
Ke UK pun x dpat nak lihat mereka...

Ntah bila laa.. kmi sekeluarga dpt bertemu umi dn ayah arwah...
Cukup lah kpd arwah saja kitaorg x dpat bertemu..
Xnak rasa terkilan dn sedih itu dtg lg tuk kali kedua tp
bg sya ini sudah kali ke-3
dlam masa 15 tahun...
cukuplah...
trauma sya nak hadapinya sekali lg...
L






Sunday, 17 June 2012

sedekahkan Al-fatihaH bt si kembar 14/6/2012.......................

Assalamualaikum..
Maaf sudah lama sya tidak mengupdate blog kerana sibuk dgn final exm.
Tapi untuk post sya yg kali ini adalah cerita yg sgt sedih
Bg family saya terutama adik sya dan mak sya.
Seorag shabat adik sya telah kembali ke Rahmatullah
pada 14/6/2012 pada jam 2.45 pg pada hari khamis..
krn kanser otak..

sya mendapat berita ini pada jam 8.45 malam. Perasaan sya ketika itu tidak dpat
nak dikatakan dgn apa-apa lg..
hanya tangisan yang dpat dikeluarkan..
mood sya untuk stdy pd malam itu mmg hilang serta merta untuk exm HR yg last.
Hanya air mata shja dpt menemani sya ketika itu.
Pd ketika itu sya sgt berserah kpd Allah SWT untuk exm esok.

Kematian beliau bt sya sgt trkilan dgn apa yg berlaku terhadap arwah..
Bukan kerana sya x dapat menerima takdir,
Tp...
Banyak yg arwah nak bt tp tidak kesampaian..
Dan juga arwah sakit pun kita org mmg x tahu..
Hanya disaat terakhir beliau, baru kmi dpat tahu iaitu 4 hri sebelum beliau pergi..
Tp kami x dpt tahu beliau dimana ketika itu sbb arwah tidak bgthu pape pun..
Cuma dia ckp dia di rumah dan dlm keadaan sihat..
Arwah berahsia dr adik dan family kami utk tahu keadaan dia..
Sya dn family betul2 sgt terkilan...
Keadaan adik mybe sgt sedih dn trkilan juga..tp
Dia x tunjukkan perasaan sedih sbb dipesan oleh arwah jgn nangis dgn pemergian arwah nanti
Itu janji adik pada arwah..

Genap setahun kembar
 arwah pergi pd bulan 6 tp x pasti tarikh bila..
dan pada tarikh 14/6/2012 arwah pergi menturuti abg kembarnya...
Ya Allah.... aku sgt sedih kedua2 telah kembali ke rahmatullah.. Allah swt lebih menyanyangi kedua2..

Ya Allah, Engkau kuatkan semngat kami sekeluarga dan kedua ibu bapa arwah
Untuk mengharungi kehidupan yg jauh ini...
Ya Allah... begitu kuat dan tabah arwah ketika dia menjalani kehidupannya yg begitu perit
Ketika arwah sakit...
Kedua ibu bapanya pun tidak tahu arwah sakit kanser..
Arwah menyatakan dia mahu smbung pengajian di UK..
Tetapi sebnarnya beliau pergi untuk bt rawatan..
Kimoterapinya yang pertama baru dia telefon ibunya untuk dtg ke UK..
TAPI.....
Kimoterapinya yg pertama tidak berjaya...dan kansernya semakin merebak.
Arwah ingin bt kimoterapi yg kedua..
Tp dilarang oleh dr krn jika kimoterapi kedua x berjaya peluang utk hidup mkin tipis..
Tp jika tidak bt mgkin 50% peluang utk hidup panjg mkin ada..
Tp ajal dan maut semua di tangan Tuhan...
Kita tidak tahu bila ajal kita..

Kimoterapi yg kedua dibuat tp tidak berjaya, badannya makin lemah..
Dia telah dibawa pulang ke Malaysia dan brda di KMC selama sebulan shingga akhir hayatnya..
Ya Allah menitis air mataku ini ketika menaip kisah ini...
Ya Allah, tabahkan hati ku utk terus menaip kisah ini...
Pada hari ahad arwah menelefon adik dan menyatakan beliau skrg sakit kanser otak..
Tp adik tidak percya sbb cara arwah ckp mcm tidak sakit
Krn arwah sering ketawa dan gelak ketika menyatakan dia sakit...
Dan hari seterusnya adik sya telefon.. tp dia kata nak msg.. so
Adik sya hormat keputusan beliau...
Pada hari Rabu.. pada 10 mlm mreka msg... arwah menyatakan beliau sgt letih
Dan mahu tido.. adik sya pun berkata ya...
Tp pada ja 2.45 pg ibunya telah telefon adik tp x diangkat..
Dan akhir ibunya menghantar msg dan mengatakan arwah telah tiada pd jam tersebut..

Ya Allah... ketika itu sya tidak berada dismping adik..
Adik mengharungi saat kesedihan berseorangan bersama surah yassin..
Ibunya berpesan ketika abgnya pergi arwah lah sering membaca yassin dan sedekahkan Al-Fatihah...
Dan hri ini arwah telah pergi.. dan ibunya berpesan supaya adik menganti
tempat arwah untuk bc Yassin dan Al-Fatihah kpd kembar itu...
mak saya sgt sedih akan hal ini.. mak sgt terkilan  dan mak sering nangis...
apatah lg..ibu kandungnya yang telah kehilangan kedua2 anaknya dlm masa setahun
kembar itu sjalah anak mereka...

diri ini sering nangis jika terkenangkan arwah dan cepat2 ku sedekahkan AL-Fatihah kpda kedua kembar tersebut..
 aku telah mengangap arwah itu bagaikan adik ku sendiri...
mmg terasa kehilangan beliau...
aku betul2 rasa sgt terkilan krn bnyak hal yg dibuat oleh beliau
tidak kesampaian..





Ya Allah , Engkau tempatkan kedua kembar tersebut di dalam dlm golongan org yang beriman...
Engkau ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah dilakukan
Mereka sama ada yang dulu ataupun yang baru...
Ya Allah.. Engkau tabahkan lah hati kedua ibu bapa sikembar dlm mengharungi
Ranjau hidup ini tanpa kedua org anak yg disayangi..

Kepada sesiapa yg membaca entri ini sedekahkan lah secebis bacaan yassin dan Al-Fatihah kpd
Kedua-dua kembar ini... supaya mereka lebih aman di sana..
Ya Allah kuatkan diri ini utk terima semua ini.....
Al-Fatihah utk sikembar...













Monday, 21 May 2012

wahai adikku .. tabah lah kamu...itu adlah dugaan bt kita......


Assalammualaikum......
Untuk reflective writing dalam minggu ke 13 ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan family dalam ruangan blog ini. Maybe banyak lagi blog lain yang dapat menceritakan pengalaman hidup yang lebih menarik. Tetapi pengalaman saya ini hanya sekadar untuk pembacaan bersama sahaja dan juga untuk memenuhi ruangan reflective writing ini.... dah lewat pagi nie nak cerita pasal lain idea tidak berkembang. So... tunggu hari lain untuk mendapatkan idea yang menarik untuk di kongsi. Tapi hari ini saya ini menulis pengalaman ini untuk sekadar pembacaan.


Minggu lepas baru ja telefon mak..maklum lah hendak melepaskan  rindu. Tiba-tiba mak memberitahu bahawa  angah ( adikku yang sama-sama menuntut di upsi  yang baru sem 4 ) sudah sampai kampung pada jam 5 petang. Terkejut juga kerana dia ada memberitahu untuk balik kampung pada hari jumaat malam. Tapi khamis petang sudah sampai depan rumah dah.

Mak memberitahu dia sibuk mengemas bilik tidur dia bersama adik perempuan saya yang bongsu. Mereka ini memang sangat rapat. Jika ada pape hal atau program banyak mereka rahsiakan daripada saya sebab nak bagi saya jeles dengan mereka.. tapi saya ok anggap ja mereka ni budak-budak lagi ( tapi dalam hati siap ampa dua yee, aku kerja-kerja ampa nanti). Hihihih..


Pada tarikh 18/ 4/2012, saya telah menemankan angah pergi ke IJN (Institut Jantung Negara) dan abah tunggu kami berdua disana untuk pergi sekali ke IJN. Hati ini berbunga-bunga sebab tak sabar nak jumpa abah. Walaupun terpaksa meninggalkan hasrat hati untuk mengambil sijil Anugerah dekan yang sangat di impi-impikan dari sem 1 lagi.


Setibanya kami di Pudu dan mencari lokasi abah. Apabila kami menampak kelibat abah, kami terus aja bersalam dengannya. Di wajah abah, menampakkan happy kerana sudah lama tak ketemu anak lelaki dia yang sorang nie ( saya baru aja balik kg minggu lepas) hihihi.


Temujanji dengan pakar pada jam pukul 10 pagi dan kami sampai di pudu pada jam 930 pagi. Memang kelam kabut sedikt masa ini sebab nak cari teksi untuk ke IJN. Apabila da sebuah teksi ini sudi menghantar kami ke IJN, kami terus saja menaiki teksi tersebut untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Al maklum lah nak jumpa pakar tak boleh pakar tunggu kita.. biar kita tunggu pakar tak pe. Tepat jam 10 pagi kami sampai di depan bangunan IJN. Terus saja kami trun dan membayar tambang teksi.


Apabila masuk sahaja di wad pesakit luar angah terus saja menjalankan tugasnya untuk menguruskan pendaftarannya. Dalam masa 1 jam lebih untuk menunggu giliran terdapat ramai kanak-kanak yang menjalani rawatan disitu. Kebanyakkan terdiri daripada bayi yang masih kecil lagi yang baru saja hendak mengenali dunia. Apabila tibanya giliran angah, saya hanya tunggu diruang menunggu sahaja, abah dan angah ja hanya masuk untuk buat pemeriksaan jantungnya.  Dalam menunggu itu, saya dapat lihat kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku. Dan ini membuatkan saya sangat seronok kerana dapat menghilangkan boring dalam menunggu angah.


Dalam 45 minit angah dan abah baru aja keluar dari bilik pemeriksaan dan saya terus bertanya bagaimana keadaan angah. Jawapan daripada abah sangat mengejutkan kerana angah perlu melakukan pembedahan untuk kali kedua yang sekian lama telah meninggalkan pembedahan yang pertama pada umur tiga tahun sekarg umurnya 22 tahun lama kan...... Tapi abah ada mengatakan pembedahan kali ini doktor dapat memberi jaminan pembedahan ini tidak berisiko seperti pembedahan yang pertama. Kos pembedahan adalah dalam RM3O 000  sehingga RM 40 000  keatas.
Tetapi saya melihat wajah angah tidak seceria semasa dia jumpa abah pada awal pagi tapi kemungkinan dia berasa takut mendengar pembedahan untuk kali kedua. Saya bertanya tentang apa yang doktor bagitahu kepadanya, tetapi dia hanya senyap dan tidak mahu bercakap. Saya pun ok aja kerana tidak mahu menganggu emosinya.


Pada 10/5/2012 iaitu khamis minggu lepas, mak saya memberitahu hal yang sebenar tentang kesihatan angah. Salah satu injap angah tidak berfungsi. Oleh sebab itu, pembedahan perlu dilakukan dengan cepat dalam keadaan dia masih sihat lagi. Mak membri tahu injap angah akan ditukar dengan injap haiwan atau injap manusia yang telah meninggal. Maybe ini membuatkan angah rasa takut. Dan doktor ada memberitahu pembedahan ini tidak berbahaya tetapi selepas pembedahan kesihatannya perlu dipantau dalam masa 10 tahun tetapi kalau mendapati keadaan di sebaliknya angah perlu dilakukan pembedahan sekali lagi. Selepas mak memberitahu hal ini, hati ini tiba-tiba rasa takut apatah lagi angah yang akan menghadapi semua ini. Tetapi mak memberitahu mak dengan abah sudah membuat loan untuk pinjam duit untuk melakukan pembedahan itu.


Tetapi angah tak mahu buat lagi sebab saya x berapa tahu alasan dia kenapa. Maybe takut? Maybe pasal kos pembedahan? Maybe pasal kena tangguh pengajian?
Dalam masa lepas beberapa hari balik dari pemeriksaan itu, memang nampak sangat angah tertekan dan pelbagai status yang telah menampakkan dia sangat tertekan. Tetapi dengan ada kawan-kawanya di sekeliling banyak sangat membantu dia. Housemate dan rakan sekuliahnya sangat membantu dia masa ini dan pelbagai nasihat yang telah diberi padanya. Angah tidak tahu saya banyak contact kawannya untuk meminta tolong dalam memberi nasihat kepadanya. Ada kawannya terus hubunginya saya untuk mengetahui pasal pemerksaannya kerana dia tidak memberitahu seorang pun rakan-rakannya pasal ini. Tetapi beberapa minggu balik daripada pemeriksaan dia bnyak membncangkan hal ini dengan kawan untuk bertanyakan pendapat dan telah menelefon mak untuk menyatakan pendapatnya. Dan family saya akan berusaha yang terbaik untuk memastikan pembedahannya dapat dilakukan dengan cepat.. Alhamdulillah keadaan emosinya kini sudah stabil dan kawan-kawanya sangat menbantunya dalam mengembirakan hari-harinya. Terima kasih kepada sahabat-sahabatnya yang sanggup memberi pelbagai pendangan dan nasihat kepada angah.


Kami sekeluarga hanya menunggu pemeriksaan pada bulan 10 nie untuk mendapat surat daripada pihak IJN tentang pembedahan tersebut. Dan mengharapkan semua ini dapat berjalan dengan lancar dan baik hendaknya...







 angah dan nadia...
 me dan angah 

Sunday, 13 May 2012

KES DERA LAGI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kes dera tidak dapat dipisahkan lagi dari kehidupan harian kita pada masa kini. Tidak kira sama ada ibu , pengasuh, bapa dan juga orang dikeliling kanak-kanak.

Kanak-kanak ini bagai diancam oleh pemburu yang sedang kelaparan. Tidak sempat mereka melarikan diri untuk menyelamatkan diri... tapi pemburu lebih pantas mengejar mereka dan terus menerkam dan menerkam tanpa ada perasaan belas kasihan... itu yang dapat diertikan pada masa sekarang........

Terbaru seorang ibu sanggup mendera anak yang kecil dengan sepuas-puas hatinya..apa yang perlu dikatakan seorang ibu seperti ini lebih daripada pemburu yang sedang kelaparan...MasyaAllah.. tak sanggup ke hendak tengok penyeksaan yang dilakukan oleh ibu tersebut.. tapi ku tetapkan hati ini untuk meniti setiap rakaman yang diambil secara curi oleh seorang rakannya untuk menjadikan ianya sebagai bahan bukti.. tanpa ku sedar air mata telah jatuh kepipi bukannya tanda happy tetapi perasaan geram yang tidak dapat digambarkan pada saat itu.. bayangkan lah kita yang bukan ibu kandung kepada anak itu mempunyai perasaan kesian,kasih sayang,sedih..

Tetapi.........

Bagaimana perasaan ibu yang mendera anak itu? Adakah puas? Adakah suka? Adakah geram?

Apabila rakaman itu telah tersebar ramai penonton memberi komen yang pelbagai kepada ibu itu..

Siapa yang sanggup anak yang kecil menangis sehingga suku nyawa, dicubit, ditendang, ditolak, dihempuk dengan bantal dan handphone.. Ya Allah sedihnya hati ini... kata-kata kesat dikeluarkan “ KENAPA KAU X MAMPOS HAAA”  kata-kata seperti ini elok dituju kepada ibunya sahaja.....

Ya Allah, Engkau selamatkan anak-anak ini daripada menjadi bahan penyeksaan orang disekelilinya.. dan Engkau berikan lah hidayah kepada ibu itu supaya menghargai anugerah yang tidak ternilai ini..

AAMIIN...........................






proposal tadika..............


Assalammualaikum...

Seseorang pengurus yang ingin membuka tadika atau taska perlu mempunyai proposal. Hal ini demikian kerana proposal ini dapat membantu kita dalam meminjam atau membuat loan dengan pihak bank. Selain itu, bagi yang remaja yang ingin memulakan perniagaan terdapat agensi yang akan membantu mereka ini dalam penubuhan perniagaan iaitu Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).


Antara step first yang perlu dibuat oleh pengurus ialah memilih jenis program penjagaan kanak-kanak. Seperti :
1.   family care
2.   Home Care
3.   Day Care And Child Development Centers.
4.   Child care development home.
5.   Infant care centre.
6.   Before and after school center.
7.   Satellite child development program.
8.   Nursery school
Step yang kedua ialah taksir atau nilai apa yang diperlukan oleh program jagaan awal kanak-kanak ini sama ada keperluan national dan juga keperluan komuniti.
Step yang ketiga ialah kenalpasti alasan tersendiri untuk bergerak ke arah perniagaan...
Keempat ialah mencari lokasi yang sesuai untuk membuka tadika terutamanya dikawasan yang memerlukan pusat jagaan yang dapat memenuhi kehendak mereka.
Step yang kelima pengurus perlua ada polisi tadika dan pengurus juga perlu mematuhi polisi yang disediakan untuk membuka tadika. Antara polisi yang perlu disediakan ialah:
1.   Parents
2.   Time
3.   Pihak berkuasa
4.   Safety
5.   Health
6.   Hygiene cleaner
7.   Nutrition chef
8.   Education ( kurikulum)
9.   Admision
10.                    Contigency plan
11.                    Fees
12.                    Transport
13.                    children
14.                    staf
15.                    teacher

Selain daripada itu, pengurus juga perlu mengambil insurans untuk mendapat pelindungan daripada kerosakkan dan juga eksiden. Insurans ini adalah untuk staf, kanak-kanak dan juga tadika.
Pengurus juga perlu mempunyai buget dalam menyediakan barang-barang yang diperlukan dalam membuka tadika contoh peralatan, ABM, gaji staf dan juga lain-lain lagi.
tunggu 
Sambungan seterusnya........................

Monday, 7 May 2012

Terujanya diri ini dengan istiadat konvokesyen


Assalammualaikum..
Hari awal-awal pagi dah bangun semata-mata nak pergi istiadat konvokesyen di dewan upsi yang baru.. semangat laa katakan...

Apabila masuk sahaja dalam dewan tersebut dengan rasa terujanya di dalam kotak pemikiran dah membayangkan bagaimana konvo untuk tahun depan. Al-maklum lah tahun depankan saya akan habis...
Hehehe nampak sangat tak sabar nak habis study.

Teruja denga kehadiaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim Dan Juga Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan  Muhibbuddin Shah. Dan tidak ketinggalan juga perdana menteri malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan juga Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, perarakan akademik sangat mencerminkan kecemerlangan para-para pensyarah di dalam dewan konvokesyen tersebut membuatkan diri ini lebih bersemgat lagi untuk belajar sehingga menjadi seperti mereka yang melakukan perarakan ditengah dewan..

Bertapa untungnya student-student pada masa kini kerana terdapat mentor yang boleh dijadikan idola dalam memperjuang untuk menuntut ilmu.

Apabila melihat senior yang mula bergerak untuk memasuki dewan konvokesyen, timbulnya 1 perasaan yang sangat gembira kerana saya melihat dari riak muka mereka yang sangat happy dan teruja sambil membimbit uniform konvokesyen dan sebahagian ahli keluarga mereka berjalan seiringan dan ada juga membawa sejambak bunga. Yang paling bahagianya disini, apabila melihat muka ibu bapa yang sangat gembira dengan kejayaan anak-anak mereka.




Alangkah seronoknya ibu bapa kita nanti
apabila kita sudah sampai pada tahap tersebut.................

Thursday, 26 April 2012

kita tidak lah.....


Kita tidaklah semulia khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah

Pun tidak setabah Fatimah

Kita tidak secantik Balqis,

Kita tidak setulus zulaikha,

Diri kita tidak sekuat  Hajar dan Sarah…
Tetapi

Kita hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…


Sunday, 22 April 2012

Berikan Hadiah Buat Sikecil


Ketika anak menunjukkan prestasi yang cemerlang, berikanlah mereka hadiah. Ini supaya anak terus bersemangat bagi melakukan perkara-perkara yang baik. Anak juga akan merasa dihargai dan bangga dengan potensi  yang ada dalam dirinya.


            Semasa memberi hadiah, janganlah berat sebelah antara seorang anak denga yang lain. Rasulullah S.A.W  berkata :


“ Bersikap adillah kepada anak-anak mu dalam pemberian. Sekiranya mahu melebihkan, lebihkan lah untuk perempuan.”

Saturday, 21 April 2012

jenis-jenis taska.......


Assalammualaikum..
Dan salam sejahtera...
Pada minggu ke-5, kelas Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAK 3043) yang di ketuai oleh lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria di DKJ. Pembelajaran yang disampaikan oleh Madam adalah secara santai dan sangat berkesan. Ini kerana kebanyakkan kelas dibuat secara formal dan meyebabkan ramai pelajar terkandas di tengah sesi pembelajaran kerana tertidur hehehe betul tak kengkawan saya?????. Selepas habisnya sesi beliau memberi pengajaran, beliau akan menyuruh para studentnya untuk membuat perbincangan di dalam group bagi memperkembangkan lagi proposal pembukaan tadika.

Thanks to Madam.......

lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria ada menerangkan beberapa jenis child care programs yang boleh ditubuhkan oleh pengusaha. Selain itu, beliau ada menerangkan serba sedikit tentang pengenalan setiap program tu.
                Pemilihan tempat untuk anak-anak ke sekolah pada usia 3-4 tahun sangat dititik beratkan oleh ibu bapa pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana ia akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak itu. Antara child care program ini ialah terdapat tiga jenis asas penjagaan kanak-kanak: pusat penjagaan kanak-kanak, rumah penjagaan kanak-kanak, dan penjagaan kanak-kanak di rumah anda sendiri.

Jenis Jenis Taska dan Pusat Jagaan        
JENIS-JENIS TASKA

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.
JENIS-JENIS PUSAT JAGAAN

Pusat Jagaan Berkediaman
"Pusat Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4 ) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.

Pusat Jagaan Harian
"Pusat Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang - kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.


tadika yang ceria dapat membentuk emosi kanak-kanak yang positif......







Monday, 2 April 2012

Kesian ibu itu.............


Assalammualaiku,

        Bagaimana yee perasaan seorang ibu yang bekerja membawa kerepek untuk menjual dan berjalan kesana sini untuk mencari nafkah untuk diri sendiri. Bayangkan lah umurnya dalam lingkungan 50 keatas... apa pandangan anda????

        Sedihnya kan.. tapi ini lah nasib seorang ibu yang membawa kerepek untuk menjual pada petang tadi di setiap kedai-kedai makan dekat dengan kolej saya tinggal pada pukul 6 petang.

         Sepatutnya pada waktu-waktu begini beliau sepatutnya berada dirumah untuk berehat. Tapi beliau terpaksa kerja kerana untuk mendapat kan wang untuk menanggung perbelajaannya.

         Saya mendapat tahu sebahagian daripada penjual kerepek ini adalah sindiket. Hal ini demikian kerana terdapat orang yang menghantar ibu-ibu ini untuk berniaga.

Ya Allah, lindungilah ibu-ibu dan kanak-kanak yang menjadi sindiket kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan selamatkan lah mereka daripada seksaan orang sebegini.

         Saya berharap anak-anak yang diluar sana menjagalah ibu bapa anda seperti mana mereka mengasuh kita dari kecil hingga dewasa.. balas lah pengorbanan mereka.. tanpa mereka tiadalah kita didunia. Wahai anak jadilah anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa kerana mereka banyak berkorban demi kita.
Wahai ibu dan bapa, pada kamu lah kami bergantung dari kecil hingga dewasa..kerana kamu adalah ratu dalam hati anak-anak anda.. TERIMA KASIH WAHAI IBU DAN AYAH......

     Mmm saya rindu mak dan abah saya di kampung walaupun beberapa hari lagi anaknda akan pulang ke kampung tapi tak tertahan rindu dihati ini untuk bertemu  abah dan mak.  Anaknda disini kirim kan doa agar mak dan abah sihat walafiat  dan  tunggu kepulangan anaknda.. mood kerinduan sudah masuk ... hehhehe . ok disini sahaja coretan saya untuk hari ini..
Waalaikummusalam.....

Mutiara kata :



Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sunday, 1 April 2012

Tergerak hati ini...............


Assalammualaikum...

Tiba-tiba malam ini tergerak hati nak menulis blog. Bukannya rajin tetapi terlihat satu berita di facebook iaitu page Metro Harian yang mengisahkan “seorang bayi derita kepala besar”. Sayunya hati apabila melihat gambar bayi tersebut. Di dalam hati terus ku berdoa “ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”. 

Bayi ini bernama Muhammad Akid Hazimi Jalalludin yang baru berusia 4 bulan yang tidak mengenali dunia lagi telah menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar. Bayi ini baru saja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu.  Begitu berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Meskipun begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30, mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu tidak seperti kanak-kanak lain.

Kepala Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah itu ketika kandungannya berusia 21 minggu. “Menurut doktor, saiz kepala anak saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan tisu otaknya dipenuhi air. Ianya adalah berpunca daripada air ketuban yang pecah.

Bayi itu menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada biasa. Ekoran daripada pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya. setakat ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual. Bayi ini perlu menjalani pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.

Sepasang suami isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.

Bersabarlah wahai sikecil, sikecil harus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sikecil, ibu bapa mu telah berusaha untuk menyembuhkan mu dan kamu sikecil haruslah kuat dan tabah.. untuk ibu bapa sikecil ini, janganlah berputus asa dalam mencari kesembuhan untuk anak mu........  
                                     
“ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.

untuk kamu............

Saturday, 31 March 2012

Pengurus Yang Baik


Assalammualaikum,

        Saya memohon maaf sebab sudah beberapa hari tidak mengupdate blog. Sekarang ini minggu ke-6 iaitu minggu yang paling sibuk bagi kebanyakkan student kerana ia adalah minggu submit assingment... hihihi mesti sibuk dan kalut la untuk para student ini nak menyiapkan tugasan masing-masing tidak tertinggal saya juga begitu. Ok lah... saya tak mahu lah nak berceloteh banyak-banyak nanti lain pula yang saya ceritakan...

    Minggu ini saya ini berkongsi sedikit tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus tadika yang telah saya belajar dari kelas Madam Puteri Afzan Maria. Bukan pengurus dari bidang lain sahaja yang perlu mempunyai ciri-ciri yang baik tetapi, pengurus tadika juga perlu mempunyai sikap atau tingkah laku yang baik. Ini kerana pengurus tadika ini akan berdepan dengan pelbagai ibu bapa yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mungkin kita juga yang sabagai ibu bapa juga yang inginkan perkhidmatan terbaik daripada mereka ini.

     Ciri-ciri yang perlu ada pada pengurus  tadika...

  1.   Sanggup menerima risiko
  2. Menghormati orang lain dan juga kepada kakitangan tadika.
  3.  Menerima pandangan atau pendapat orang lain.
  4. Pengurus yang bersikap ramah dan mesra diantara pekerjanya dan juga ibu bapa
  5.  Berlaku adil.
  6. Berpengetahuan dalam bidang tersebut.
  7. Seorang yang kreatif
  8.  Seorang yang penyayang akan kanak-kanak.
  9. Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata
  10.  Pengurus yang ambil berat akan keselamatan kanak-kanak
  11.  Seorang yang prihatin.     

       

        Selain daripada itu, pengurus hendaklah memastikan kriteria-kriteria guru yang diambil sebagai guru di tadika atau di taskanya hendaklah kriteria-kriteria guru yang dikehendaki oleh ibu bapa dan juga kanak-kanak.

Antara kriterianya ialah:


  1.  Mempunyai pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak
  2. Seorang yang penyayang
  3. Seorang yang kreatif dan berinovasi
  4. Tidak memandang kepada gaji tetapi objektif tadika perlu dicapai
  5. Sanggup melayan kerenah kanak-kanak
  6. Mempunyai kelayakkan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
  7.  Mempunyai sikap keibubapaan
  8. Seorang yang sabar
  9.  Guru yang berkualiti
  10. Dan lain-lain lagi

saya lah guru yang comel.........


1  
        Ciri-ciri yang diatas ini saya dapat daripada kelas Puan Putri Afzan Maria dan ditokok tambahnya dalam apa yang saya telah pelajari dalam subjek minor saya iaitu Pengajian Perdagangan. Apa yang saya belajar selama ini dapat diaplikasi dalam kedua-dua subjek saya ambil. Itu lah untungnya kita jika kita pandai menggunakan ilmu yang telah ditaburkan kepada kita. HehehehJ.
     
      Sebenarnya bukan senang untuk kita menjadi pengurus yang berjaya dalam pelbagai aspek tetapi kita perlu menyiapkan diri untuk menempuhnya, dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang perniagaan ini.




Mutiara kata :

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.