Assalammualaikum......
Untuk reflective writing dalam minggu ke 13 ini, saya ingin
berkongsi sedikit pengalaman saya dan family dalam ruangan blog ini. Maybe banyak
lagi blog lain yang dapat menceritakan pengalaman hidup yang lebih menarik. Tetapi
pengalaman saya ini hanya sekadar untuk pembacaan bersama sahaja dan juga untuk
memenuhi ruangan reflective writing ini.... dah lewat pagi nie nak cerita pasal
lain idea tidak berkembang. So... tunggu hari lain untuk mendapatkan idea yang
menarik untuk di kongsi. Tapi hari ini saya ini menulis pengalaman ini untuk
sekadar pembacaan.
Minggu lepas baru ja telefon mak..maklum lah hendak
melepaskan rindu. Tiba-tiba mak
memberitahu bahawa angah ( adikku yang
sama-sama menuntut di upsi yang baru sem
4 ) sudah sampai kampung pada jam 5 petang. Terkejut juga kerana dia ada
memberitahu untuk balik kampung pada hari jumaat malam. Tapi khamis petang
sudah sampai depan rumah dah.
Mak
memberitahu dia sibuk mengemas bilik tidur dia bersama adik perempuan saya yang
bongsu. Mereka ini memang sangat rapat. Jika ada pape hal atau program banyak
mereka rahsiakan daripada saya sebab nak bagi saya jeles dengan mereka.. tapi
saya ok anggap ja mereka ni budak-budak lagi ( tapi dalam hati siap ampa dua
yee, aku kerja-kerja ampa nanti). Hihihih..
Pada tarikh 18/ 4/2012, saya telah menemankan angah pergi ke IJN
(Institut Jantung Negara) dan abah tunggu kami berdua disana untuk pergi sekali
ke IJN. Hati ini berbunga-bunga sebab tak sabar nak jumpa abah. Walaupun terpaksa
meninggalkan hasrat hati untuk mengambil sijil Anugerah dekan yang sangat di
impi-impikan dari sem 1 lagi.
Setibanya
kami di Pudu dan mencari lokasi abah. Apabila kami menampak kelibat abah, kami
terus aja bersalam dengannya. Di wajah abah, menampakkan happy kerana sudah
lama tak ketemu anak lelaki dia yang sorang nie ( saya baru aja balik kg minggu
lepas) hihihi.
Temujanji dengan pakar pada jam pukul 10 pagi dan kami sampai di
pudu pada jam 930 pagi. Memang kelam kabut sedikt masa ini sebab nak cari teksi
untuk ke IJN. Apabila da sebuah teksi ini sudi menghantar kami ke IJN, kami
terus saja menaiki teksi tersebut untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Al
maklum lah nak jumpa pakar tak boleh pakar tunggu kita.. biar kita tunggu pakar
tak pe. Tepat jam 10 pagi kami sampai di depan bangunan IJN. Terus saja kami
trun dan membayar tambang teksi.
Apabila
masuk sahaja di wad pesakit luar angah terus saja menjalankan tugasnya untuk
menguruskan pendaftarannya. Dalam masa 1 jam lebih untuk menunggu giliran
terdapat ramai kanak-kanak yang menjalani rawatan disitu. Kebanyakkan terdiri
daripada bayi yang masih kecil lagi yang baru saja hendak mengenali dunia. Apabila
tibanya giliran angah, saya hanya tunggu diruang menunggu sahaja, abah dan
angah ja hanya masuk untuk buat pemeriksaan jantungnya. Dalam menunggu itu, saya dapat lihat kanak-kanak
yang mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku. Dan ini membuatkan saya sangat
seronok kerana dapat menghilangkan boring dalam menunggu angah.
Dalam 45 minit angah dan abah baru aja keluar dari bilik
pemeriksaan dan saya terus bertanya bagaimana keadaan angah. Jawapan daripada
abah sangat mengejutkan kerana angah perlu melakukan pembedahan untuk kali
kedua yang sekian lama telah meninggalkan pembedahan yang pertama pada umur
tiga tahun sekarg umurnya 22 tahun lama kan...... Tapi abah ada mengatakan
pembedahan kali ini doktor dapat memberi jaminan pembedahan ini tidak berisiko
seperti pembedahan yang pertama. Kos pembedahan adalah dalam RM3O 000 sehingga RM 40 000 keatas.
Tetapi
saya melihat wajah angah tidak seceria semasa dia jumpa abah pada awal pagi
tapi kemungkinan dia berasa takut mendengar pembedahan untuk kali kedua. Saya bertanya
tentang apa yang doktor bagitahu kepadanya, tetapi dia hanya senyap dan tidak
mahu bercakap. Saya pun ok aja kerana tidak mahu menganggu emosinya.
Pada 10/5/2012 iaitu khamis minggu lepas, mak saya memberitahu
hal yang sebenar tentang kesihatan angah. Salah satu injap angah tidak
berfungsi. Oleh sebab itu, pembedahan perlu dilakukan dengan cepat dalam
keadaan dia masih sihat lagi. Mak membri tahu injap angah akan ditukar dengan
injap haiwan atau injap manusia yang telah meninggal. Maybe ini membuatkan
angah rasa takut. Dan doktor ada memberitahu pembedahan ini tidak berbahaya
tetapi selepas pembedahan kesihatannya perlu dipantau dalam masa 10 tahun
tetapi kalau mendapati keadaan di sebaliknya angah perlu dilakukan pembedahan
sekali lagi. Selepas mak memberitahu hal ini, hati ini tiba-tiba rasa takut
apatah lagi angah yang akan menghadapi semua ini. Tetapi mak memberitahu mak
dengan abah sudah membuat loan untuk pinjam duit untuk melakukan pembedahan
itu.
Tetapi
angah tak mahu buat lagi sebab saya x berapa tahu alasan dia kenapa. Maybe takut?
Maybe pasal kos pembedahan? Maybe pasal kena tangguh pengajian?
Dalam
masa lepas beberapa hari balik dari pemeriksaan itu, memang nampak sangat angah
tertekan dan pelbagai status yang telah menampakkan dia sangat tertekan. Tetapi
dengan ada kawan-kawanya di sekeliling banyak sangat membantu dia. Housemate dan
rakan sekuliahnya sangat membantu dia masa ini dan pelbagai nasihat yang telah
diberi padanya. Angah tidak tahu saya banyak contact kawannya untuk meminta
tolong dalam memberi nasihat kepadanya. Ada kawannya terus hubunginya saya
untuk mengetahui pasal pemerksaannya kerana dia tidak memberitahu seorang pun
rakan-rakannya pasal ini. Tetapi beberapa minggu balik daripada pemeriksaan dia
bnyak membncangkan hal ini dengan kawan untuk bertanyakan pendapat dan telah
menelefon mak untuk menyatakan pendapatnya. Dan family saya akan berusaha yang
terbaik untuk memastikan pembedahannya dapat dilakukan dengan cepat..
Alhamdulillah keadaan emosinya kini sudah stabil dan kawan-kawanya sangat
menbantunya dalam mengembirakan hari-harinya. Terima kasih kepada
sahabat-sahabatnya yang sanggup memberi pelbagai pendangan dan nasihat kepada
angah.
Kami
sekeluarga hanya menunggu pemeriksaan pada bulan 10 nie untuk mendapat surat daripada
pihak IJN tentang pembedahan tersebut. Dan mengharapkan semua ini dapat
berjalan dengan lancar dan baik hendaknya...
No comments:
Post a Comment