Assalammualaikum..
Hari awal-awal pagi dah bangun
semata-mata nak pergi istiadat konvokesyen di dewan upsi yang baru.. semangat
laa katakan...
Apabila masuk sahaja dalam dewan
tersebut dengan rasa terujanya di dalam kotak pemikiran dah membayangkan
bagaimana konvo untuk tahun depan. Al-maklum lah tahun depankan saya akan
habis...
Hehehe nampak sangat tak sabar
nak habis study.
Teruja denga kehadiaran Duli Yang
Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim Dan Juga
Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Dan tidak ketinggalan juga
perdana menteri malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan
juga Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu, perarakan akademik
sangat mencerminkan kecemerlangan para-para pensyarah di dalam dewan
konvokesyen tersebut membuatkan diri ini lebih bersemgat lagi untuk belajar
sehingga menjadi seperti mereka yang melakukan perarakan ditengah dewan..
Bertapa untungnya student-student
pada masa kini kerana terdapat mentor yang boleh dijadikan idola dalam
memperjuang untuk menuntut ilmu.
Apabila melihat senior yang mula
bergerak untuk memasuki dewan konvokesyen, timbulnya 1 perasaan yang sangat
gembira kerana saya melihat dari riak muka mereka yang sangat happy dan teruja
sambil membimbit uniform konvokesyen dan sebahagian ahli keluarga mereka
berjalan seiringan dan ada juga membawa sejambak bunga. Yang paling bahagianya
disini, apabila melihat muka ibu bapa yang sangat gembira dengan kejayaan
anak-anak mereka.
Alangkah seronoknya
ibu bapa kita nanti
apabila kita sudah
sampai pada tahap tersebut.................
No comments:
Post a Comment