Kes dera tidak dapat
dipisahkan lagi dari kehidupan harian kita pada masa kini. Tidak kira sama ada
ibu , pengasuh, bapa dan juga orang dikeliling kanak-kanak.
Kanak-kanak ini bagai
diancam oleh pemburu yang sedang kelaparan. Tidak sempat mereka melarikan diri
untuk menyelamatkan diri... tapi pemburu lebih pantas mengejar mereka dan terus
menerkam dan menerkam tanpa ada perasaan belas kasihan... itu yang dapat diertikan
pada masa sekarang........
Terbaru seorang ibu
sanggup mendera anak yang kecil dengan sepuas-puas hatinya..apa yang perlu
dikatakan seorang ibu seperti ini lebih daripada pemburu yang sedang
kelaparan...MasyaAllah.. tak sanggup ke hendak tengok penyeksaan yang dilakukan
oleh ibu tersebut.. tapi ku tetapkan hati ini untuk meniti setiap rakaman yang
diambil secara curi oleh seorang rakannya untuk menjadikan ianya sebagai bahan
bukti.. tanpa ku sedar air mata telah jatuh kepipi bukannya tanda happy tetapi
perasaan geram yang tidak dapat digambarkan pada saat itu.. bayangkan lah kita
yang bukan ibu kandung kepada anak itu mempunyai perasaan kesian,kasih
sayang,sedih..
Tetapi.........
Bagaimana perasaan ibu
yang mendera anak itu? Adakah puas? Adakah suka? Adakah geram?
Apabila rakaman itu telah
tersebar ramai penonton memberi komen yang pelbagai kepada ibu itu..
Siapa yang sanggup anak
yang kecil menangis sehingga suku nyawa, dicubit, ditendang, ditolak, dihempuk
dengan bantal dan handphone.. Ya Allah sedihnya hati ini... kata-kata kesat
dikeluarkan “ KENAPA KAU X MAMPOS HAAA” kata-kata seperti ini elok dituju kepada
ibunya sahaja.....
Ya Allah, Engkau selamatkan anak-anak
ini daripada menjadi bahan penyeksaan orang disekelilinya.. dan Engkau berikan
lah hidayah kepada ibu itu supaya menghargai anugerah yang tidak ternilai ini..
AAMIIN...........................
No comments:
Post a Comment