Assalammualaiku,
Bagaimana yee perasaan seorang ibu yang bekerja membawa
kerepek untuk menjual dan berjalan kesana sini untuk mencari nafkah untuk diri
sendiri. Bayangkan lah umurnya dalam lingkungan 50 keatas... apa pandangan
anda????
Sedihnya kan.. tapi ini lah nasib seorang ibu yang membawa
kerepek untuk menjual pada petang tadi di setiap kedai-kedai makan dekat dengan
kolej saya tinggal pada pukul 6 petang.
Sepatutnya pada waktu-waktu begini beliau sepatutnya berada
dirumah untuk berehat. Tapi beliau terpaksa kerja kerana untuk mendapat kan
wang untuk menanggung perbelajaannya.
Saya mendapat tahu sebahagian daripada penjual kerepek ini
adalah sindiket. Hal ini demikian kerana terdapat orang yang menghantar ibu-ibu
ini untuk berniaga.
Ya Allah, lindungilah
ibu-ibu dan kanak-kanak yang menjadi sindiket kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab ini dan selamatkan lah mereka daripada seksaan orang sebegini.
Saya berharap anak-anak yang diluar sana menjagalah ibu bapa
anda seperti mana mereka mengasuh kita dari kecil hingga dewasa.. balas lah
pengorbanan mereka.. tanpa mereka tiadalah kita didunia. Wahai anak jadilah
anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa kerana mereka banyak berkorban demi
kita.
Wahai ibu dan bapa, pada kamu lah kami bergantung dari kecil
hingga dewasa..kerana kamu adalah ratu dalam hati anak-anak anda.. TERIMA KASIH
WAHAI IBU DAN AYAH......
Mmm saya rindu mak dan abah saya di kampung walaupun
beberapa hari lagi anaknda akan pulang ke kampung tapi tak tertahan rindu
dihati ini untuk bertemu abah dan
mak. Anaknda disini kirim kan doa agar
mak dan abah sihat walafiat dan tunggu kepulangan anaknda.. mood kerinduan
sudah masuk ... hehhehe . ok disini sahaja coretan saya untuk hari ini..
Waalaikummusalam.....
Mutiara kata :
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula
menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment