Sunday 1 April 2012

Tergerak hati ini...............


Assalammualaikum...

Tiba-tiba malam ini tergerak hati nak menulis blog. Bukannya rajin tetapi terlihat satu berita di facebook iaitu page Metro Harian yang mengisahkan “seorang bayi derita kepala besar”. Sayunya hati apabila melihat gambar bayi tersebut. Di dalam hati terus ku berdoa “ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”. 

Bayi ini bernama Muhammad Akid Hazimi Jalalludin yang baru berusia 4 bulan yang tidak mengenali dunia lagi telah menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar. Bayi ini baru saja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu.  Begitu berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Meskipun begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30, mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu tidak seperti kanak-kanak lain.

Kepala Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah itu ketika kandungannya berusia 21 minggu. “Menurut doktor, saiz kepala anak saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan tisu otaknya dipenuhi air. Ianya adalah berpunca daripada air ketuban yang pecah.

Bayi itu menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada biasa. Ekoran daripada pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya. setakat ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual. Bayi ini perlu menjalani pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.

Sepasang suami isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.

Bersabarlah wahai sikecil, sikecil harus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sikecil, ibu bapa mu telah berusaha untuk menyembuhkan mu dan kamu sikecil haruslah kuat dan tabah.. untuk ibu bapa sikecil ini, janganlah berputus asa dalam mencari kesembuhan untuk anak mu........  
                                     
“ Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.

untuk kamu............

2 comments: