Ketika anak menunjukkan prestasi yang
cemerlang, berikanlah mereka hadiah. Ini supaya anak terus bersemangat bagi
melakukan perkara-perkara yang baik. Anak juga akan merasa dihargai dan bangga
dengan potensi yang ada dalam dirinya.
Semasa
memberi hadiah, janganlah berat sebelah antara seorang anak denga yang lain.
Rasulullah S.A.W berkata :
“
Bersikap adillah kepada anak-anak mu dalam pemberian. Sekiranya mahu
melebihkan, lebihkan lah untuk perempuan.”
Pada minggu
ke-5, kelas Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAK 3043) yang di ketuai
oleh lectr saya iaitu Madam Putri Afzan Maria di DKJ. Pembelajaran yang
disampaikan oleh Madam adalah secara santai dan sangat berkesan. Ini kerana
kebanyakkan kelas dibuat secara formal dan meyebabkan ramai pelajar terkandas
di tengah sesi pembelajaran kerana tertidur hehehe betul tak kengkawan saya?????.
Selepas habisnya sesi beliau memberi pengajaran, beliau akan menyuruh para
studentnya untuk membuat perbincangan di dalam group bagi memperkembangkan lagi
proposal pembukaan tadika.
Thanks
to Madam.......
lectr saya iaitu
Madam Putri Afzan Maria ada menerangkan beberapa jenis child care programs yang
boleh ditubuhkan oleh pengusaha. Selain itu, beliau ada menerangkan serba
sedikit tentang pengenalan setiap program tu.
Pemilihan tempat untuk anak-anak
ke sekolah pada usia 3-4 tahun sangat dititik beratkan oleh ibu bapa pada masa
sekarang. Hal ini demikian kerana ia akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak
itu. Antara child care program ini ialah terdapat tiga jenis asas penjagaan
kanak-kanak: pusat penjagaan kanak-kanak, rumah penjagaan kanak-kanak, dan
penjagaan kanak-kanak di rumah anda sendiri.
Jenis Jenis
Taska dan Pusat Jagaan
JENIS-JENIS TASKA
Taska Di Rumah
Suatu taman
asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang
kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.
Taska Di
Institusi
Suatu taman
asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.
Taska Di Tempat
Kerja
Suatu taman
asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau
lebih.
Taska Komuniti
Suatu taman
asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di
suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan
atau suatu Kerajaan Negeri.
JENIS-JENIS PUSAT JAGAAN
Pusat Jagaan
Berkediaman
"Pusat
Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4 ) orang atau
lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada
untuk upah atau selainnya.
Pusat Jagaan
Harian
"Pusat
Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih
diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam
sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang -
kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.
tadika yang ceria dapat membentuk emosi kanak-kanak yang positif......
Bagaimana yee perasaan seorang ibu yang bekerja membawa
kerepek untuk menjual dan berjalan kesana sini untuk mencari nafkah untuk diri
sendiri. Bayangkan lah umurnya dalam lingkungan 50 keatas... apa pandangan
anda????
Sedihnya kan.. tapi ini lah nasib seorang ibu yang membawa
kerepek untuk menjual pada petang tadi di setiap kedai-kedai makan dekat dengan
kolej saya tinggal pada pukul 6 petang.
Sepatutnya pada waktu-waktu begini beliau sepatutnya berada
dirumah untuk berehat. Tapi beliau terpaksa kerja kerana untuk mendapat kan
wang untuk menanggung perbelajaannya.
Saya mendapat tahu sebahagian daripada penjual kerepek ini
adalah sindiket. Hal ini demikian kerana terdapat orang yang menghantar ibu-ibu
ini untuk berniaga.
Ya Allah, lindungilah
ibu-ibu dan kanak-kanak yang menjadi sindiket kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab ini dan selamatkan lah mereka daripada seksaan orang sebegini.
Saya berharap anak-anak yang diluar sana menjagalah ibu bapa
anda seperti mana mereka mengasuh kita dari kecil hingga dewasa.. balas lah
pengorbanan mereka.. tanpa mereka tiadalah kita didunia. Wahai anak jadilah
anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa kerana mereka banyak berkorban demi
kita.
Wahai ibu dan bapa, pada kamu lah kami bergantung dari kecil
hingga dewasa..kerana kamu adalah ratu dalam hati anak-anak anda.. TERIMA KASIH
WAHAI IBU DAN AYAH......
Mmm saya rindu mak dan abah saya di kampung walaupun
beberapa hari lagi anaknda akan pulang ke kampung tapi tak tertahan rindu
dihati ini untuk bertemu abah dan
mak. Anaknda disini kirim kan doa agar
mak dan abah sihat walafiat dan tunggu kepulangan anaknda.. mood kerinduan
sudah masuk ... hehhehe . ok disini sahaja coretan saya untuk hari ini..
Waalaikummusalam.....
Mutiara kata :
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula
menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Tiba-tiba
malam ini tergerak hati nak menulis blog. Bukannya rajin tetapi terlihat satu
berita di facebook iaitu page Metro Harian yang mengisahkan “seorang bayi derita kepala besar”. Sayunya
hati apabila melihat gambar bayi tersebut. Di dalam hati terus ku berdoa “ Ya
Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada kedua
ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.
Bayi ini
bernama Muhammad Akid Hazimi Jalalludin yang baru berusia 4 bulan yang tidak
mengenali dunia lagi telah menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar. Bayi
ini baru saja menjalani pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya
yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur, 27 Februari lalu. Begitu berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya.
Meskipun
begitu, bagi pasangan Jalalludin omar, 36, dan isterinya, Safiah Md Nasir, 30,
mereka pasrah dengan ketentuan ilahi apabila dikurniakan anak kelimanya itu
tidak seperti kanak-kanak lain.
Kepala
Muhammad Akid Hazimi membesar sehingga berukur lilit 46 sentimeter semasa
dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit
sekitar 35 sentimeter.Menurut Safiah, anaknya mula dikesan mengalamai masalah
itu ketika kandungannya berusia 21 minggu. “Menurut doktor, saiz kepala anak
saya membesar, manakala jangka hayatnya berkemungkinan tidak lama berikutan
tisu otaknya dipenuhi air. Ianya adalah berpunca daripada air ketuban yang pecah.
Bayi itu
menjalani pembedahan pada 27 Februari lalu, bayi itu mula lebih sihat daripada
biasa. Ekoran daripada pembedahan itu, doktor terpaksa meletakkan satu tiub
khas disambungkan terus ke usus bagi mengalirkan lebihan cecair di kepalanya. setakat
ini tiada sebarang ubat dibekalkan pihak hospital cuma perlu berulang alik
menjalani rawatan di hospital Melaka secara berjadual. Bayi ini perlu menjalani
pembedahan di kepala secara kerap sepanjang usianya ekoran terpaksa bergantung
kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.
Sepasang suami
isteri merayu simpati masyarakat termasuk tenaga kepakaran doktor bagi membantu
bayinya berusia sebulan empat hari yang kini bertarung nyawa selepas disahkan
menghidap penyakit hydrocephalus atau kepala besar.
Bersabarlah wahai sikecil, sikecil harus
kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sikecil, ibu bapa mu telah
berusaha untuk menyembuhkan mu dan kamu sikecil haruslah kuat dan tabah.. untuk
ibu bapa sikecil ini, janganlah berputus asa dalam mencari kesembuhan untuk
anak mu........
“
Ya Allah, sembuhkanlah bayi ini dengan segera dan berikanlah kekuatan kepada
kedua ibu bapa bayi ini dalam menempuh saat ini”.